0

Tahniah

Selamat menempuh alam dewasa, Adinda Nur Aini Hafizah. pejam celik pejam celik....dah masuk U. tahniah ya. jaga diri molek2.

Macam mimpi pun ada rasanya. sebelum ni, mak pun kata, macam tak percaya budak ni nk masuk U dh. sama lah, semua orang pun rasa begitu. wah, mereka mencabar kredibiliti awak ni, Ijah. :P

Yang paling manja dalam keluarga. masa kecik, kalau balik kampung nk raya, pak2 mak2 sedara panggil dia "radio buruk". suka menangis, bising bango. dari kecil hinggalah dewasa manjanya.

Sekolah menengah pilihannya pula mmg x jauh. syarat dia, nk masuk sekolah elit ke sekolah cluster ke, janji dekat dgn mak. masa duk kemaman dulu, f1 hingga f3 nya di kemaman. bila pindah tranung, usaha pulop tukor ke tranung.

Adik-beradik saya sekolah x banyak tukar pun, f1 sampai f5 sekolah tu je lah. Abah xde pulak nk susah2 pegi urus pindah sekolah bagai. dia je pelik sorang.

Kalau Ijah & Adik jalan sekali, mesti orang kata Ijah tu adik, sbb Adik lagi matured berbanding dia. tapi kalu baloh, si adik kaloh la. Adik jenis hormat orang etek. XD

Dapat U pulak, UiTM Dungun. aduh, x berkembang lah budak ni. Anah kata, "tak heran lah!"

Masa isi borang matrik, pilih N9 (dekat dgn kakak), Pahang (dekat dgn Mama), Perak (dekat dengan Mok Ya). isi borang UPU plak, pilih tranung ni ler je pilihan awal2 tu. sabo jelah Dik Jah ni. Anje ngat.


Masa Ijah isi borang matrik, selepas selesai beliau menduduki percubaan SPM, mak kata :
"mok dop caye Ijah tu nk masuk U doh," saya gelak je.

Bonda, anakmu itu sudah dewasa. :)
0

Bonda & Imtihan

Mata terpaku pada si kecil. sungguh aku kagum pada himmah si ibu. besar sungguh pengorbanan seorang insan bergelar ibu. melahirkan dan membesarkan. tiada siapa yang boleh menggantikan posisinya.

***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Pertama kali berdekatan dengan bayi yang baru dilahirkan adalah sewaktu di Mesir ini. kalau dulu2 masa mak lahirkan adik2 saya, saya masih kecil. so, tiada pengalaman.

Tiba di Mesir akhir 2008, bayi pertama saya pegang adalah Ahmad Farid Wajdi; anak Kak Dina. masa tu tak rasa apa2, sbb saya tak lihat kepayahan dia mengurus anak pertama. mungkin sbb Wajdi dijaga bersama oleh ibu saudaranya; Kak Anna.

Bayi berikutnya, Aisya Nurul Ain yang lahir musim imtihan. masa ni rasa sangat. besar sungguh jasa pengorbanan ibu bapa kita dulu2. saya lihat wajah Kak Mursyidah selepas pembedahan menyambut kelahiran. Ya Allah. hanya tuhan yg tahu sakit melahirkan dan menguruskan anak2 dalam keadaan yg belum pulih begitu. ustaznya pula diajar cara mandikan bayi dan lain2 urusan mempersiap bayi.

Tiba kelahiran Muhammad Anas pada 2 Februari, nama saya juga disenarai dalam jadual penjagaan. saya tiada langsung pengalaman, cuma bila bantu2 kawan tu jadi pandailah sikit. Anas lahir juga melalui pembedahan. siksa melihat umminya waktu itu. mahu buat sesuatu pasti perlu bantuan. sangat lemah. melihat keadaan ibunya seperti itu, saya berpaling muka, mengalih pandangan ke bayi dan menukar lampinnya. air mata bercucuran. tak terdaya menahan.

hati berkata kepada si kecil, "lihat ummi mu itu. besar nanti jadi anak soleh ya!"

hatiku meruntun sayu. tiba2 jadi teringat bonda. ( homesick :P )

Kelahiran baby Hannan juga di musim imtihan. juga melalui pembedahan. dalam kelam kabut umminya menanti detik melahirkan dan detik menghadapi peperiksaan. sakit sangat saya lihat rasa di wajah Kak Ibah. hadiah sabar, Allah pasti beri kebaikan.

***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Terlalu hebat wanita bernama ibu. cukup terkesan dengan persekitaran. Baby Fatimah Zahra' dan Baby Habiburrahman yg terpaksa berpisah sementara dengan umminya pada hari2 imtihan. tugas ibu tidak dapat diganti. istimewa sungguh seorang ibu. cuma si ibu dapat melerai tangis anaknya.

Masa ni amalkan konsep tolong-menolong. andai suatu masa kita dalam kesusahan, orang di sekeliling tidak teragak-agak menghulur tangan memberi bantuan.


Aku kagum dengan ibu-ibu mahasiswi. terbaikkk~
0

4

Berbaki 3. Ya Allah, aku bertawakal.

Sume org siap awal tadi. sedang tulis2, rasa vibrate handphone. ah, budak2 ni mesti dh siap. kesian pulak tunggu saya lama kt luar tu. dah la panas.

Pandang tepi, wah! kak chik sudah hilang! cepatnya dia hantar. masa ada sejam lagi. baru pukul 3. kemaskan jawapan2. hantar. keluar.

Cek hp, mesej bebudak ni gtau diorg dh balik. jalan2, nampak kak chik kt bangku sdg makan bekal coklat nya yg cair. tgk dia dh jilat jari, ajak dia balik.

"jom, kak chik!"

"eh, budak2 ni mana. hebat ah jawab x keluar2 lagi,"

"hebat mende. ada dumoh dh tu. jom lah kite,"

Sengih je tgk kak chik gelak. x lawak pun, sbb saya kena tinggal.

"ustaz xleh mari ambik, sbb Husna xdop org nk jaga dumoh," kata kak chik masa kami tgh jalan2 ke tempat tunggu kenderaan.

"xpe la, mujur gop. kalu dop saya balik sorang la hari ni," tanpa mood marah pun.

Sokmo jd yg last keluar dewan. last pun bukan last sangat, ramai lg dlm kelas x hantar. cuma x larat tengok muka budak2 ni, keluar2 je, seposen je muka. letih jawab pekse se, letih tunggu ambe se. hehe. kesian~
0

5

4 subjek berbaki. pening rasa pekse al-Quran td. tahap kepayahan meningkat dari satu soalan ke soalan berikutnya. soalan 1 smooth je. soalan 2 ok lg. next next. soalan 5 pula, maqro' 8. aduh. merangkak-rangkak tulis. tawakal & berserah lah. takut jugak.

Pagi-pagi lagi ada org spoil mood dh. huhu. baru je bajet nk segar-segar pagi imtihan ni. jadi teringat-ingat sampai ke dewan pekse. kasihan saya. huuuu~

Ok, siap sedia utk subjek berikutnya.

---> bittaufiq wannajah
0

Kalau Boleh Kuabaikan Ia

Kalau boleh kuabaikan ia umpama angin lembut menyapa pipi; yang memberi nyaman di kala kesuraman, yang memberi tenang di kala pincang, yang memberi damai di kala otak berserabai. berhembus, kemudian berlalu. namun apa daya, diri cuma manusia biasa yang lemah, tidak kuat. sekali ribut menyahut, aku juga terasa takut. saat guruh bergempita, aku terkadang memencil diri minta dibela.

Terlalu runsing dengan suasana. aku masih tercari-cari kata-kata semangat yg menguatkan; yg meneguh & mengutuh. sebaris ayat sudah cukup. rumus formula sudah hilang di mana-mana. lemah layu. terkulai. atas dasar apa lagi untuk terus gagah berdiri.

Cuma diri sendiri kurasa masih kuat bertahan. krn aku sudah kuat memegang dgn gerham, bermakna aku terlalu sayang utk melepaskan. gerham muda masih setia menggenggam dan terus genggam tanpa dipinta. ia akan melepaskan bila masa mengkhabarkan yg genggaman itu sia-sia, bukan berdalilkan prasangka semta-mata.

Kucampakkan prasangka ini ke sungai, kau alirkanlah ia ke laut. jgn benarkan ia mendekat lagi.

Rahmat Allah itu maha luas. senyum²lah. itu ubat resah paling mujarab. :)

Aku gerun meminta dr Allah agar kuat & sabar. kata syeikh : "meminta kuat & sabar itu adalah meminta ujian," cuma dengan ujian kita akan menjadi semakin kuat & sabar.

Esok sudah mula imtihan. biasalah tu. ujian sempena ujian. semoga aku adalah hambaMu yg kuat. semoga juga Engkau sudi terimaku untuk mengadu & merintih kepadaMu selalu.


Aku sangat percaya & yakin akan cintaMu~ T_T
0

Mood Baru

Bukanlah saya peminat buah tegar. tp malam ini berjaya habiskan sebiji epal dlm masa yg pantas sekali. ambik mood stay up mlm ni (x cukup serius kah study selama ni, kalau mlm ni baru nk serius?).

Tahun ini walaupun subjek lebih sedikit berbanding tahun lepas, tapi fokusnya harus lebih mantap lagi berbanding yg lepas. saya tahu bonda kecewa dgn kegagalan lepas. saya juga. mana pernah saya bahagia melihat keputusan sebegitu rupa. malah kecewa saya menjadi dua kali ganda, bila terlihat air muka ayahbonda yg berubah.

Walaupun mak cuba tenangkan keadaan 'huru-hara' masa tu, dgn saya x lalu makan dah, mak tetap bagi semangat. saya sedih. mak sedih. tapi mak kuat. mak menguatkan saya. sangat rasa bersalah. tak tahu diuntung kah, anak ini?

Mengharungi ranjau kehidupan yg sgt mencabar, buat saya seolah tertusuk duri tajam tatkala tertimpa ujian. ya lah, kalau kehidupan yg smooth je tiada masalah, x adventure lah kan. alhamdulillah, dipilih Allah utk terus kuat & tsabat.

Melalui detik-detik imtihan, banyak pula Allah imtihankan diriku dengan pelbagai ujian kematangan mengharungi kehidupan.

Saya memilih utk mengasingkan diri setelah memerhati gerak gaya & lenggok tari. bingung sekali. apa hikmah yg Allah sembunyi di sebalik ini. betul @ tidak suasana sekeliling yg tidak enak ini, ada bersangkutan juga denganku? sungguh, sangat tidak pasti.

Pesan sahabat : "serah semua pada Allah. InsyaAllah xdop apa-apa yg buruk. aku sangat yakin."

Ya. itu keyakinan mu. tapi maaf, mungkin keyakinanku tidak sekuat apa yg kamu fikir. terlalu lemah. ah~

Kebergantungan kepada Allah harus kuat. andai diuji dengan ketidaksetiaan sekalipun, apalah dayaku menolak ujianNya. masih tercari-cari siapa diriku di sisi Tuhan.

Kakak pesan : "mahu lihat di mana kita di sisi Allah, lihatlah di mana kita letak Allah dalam hati kita."

Allah. jauh. ampuh. masih adakah ruang untuk hambamu yg hina ini menumpang kasihMu, Ya Rabb. aku ingin sekali menjadi hambaMu yg penuh ketaatan kepadaMu. aku ingin dlm keredhaanMu selalu. andai ujianmu yg mencarik-carik hati manusiaku ini, adalah satu ujian ketaatan dan keredhaan, aku terima takdirmu ini dengan tulus. aku tidak ingin kita dipisah-pisah lagi. aku ingin setia bercinta denganMu, Ya Rabb.

Izinkan manik-manik jernih ini gugur ke bumiMu. sbg tanda aku masih memerlukanMu. aku sentiasa perlukanMu. selalu, tanpa ragu. tanpa batas waktu. aku tidak sesekali ingin ditinggalkan. pegang hatiku, Ya Rabb. pelihara aku dengan rahmat kasih sayangMu. andai ada silapku dlm merai keagungan cinta, maafkanlah aku. sedarkanlah aku.


Cinta Allah tidak pernah kecewa~ T_T
0

Rasa Rasa

1- Rindu

2- Gembira

3- Rasa mcm kena marah

Betullah kehidupan ibarat roda. kadang di atas, ke bawah, ke atas semula.

***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Semalam memang rasa seperti ada sesuatu. bila fikir2 lagi masa maghrib tu, rasa mcm x perlu bagitau. entah. itu perkara remeh yg saya suka fikir2. pdhl tak jadi masalah pun. cuma mampu berserah kpd Allah. semoga semuanya baik2 saja. saya tinggal husnuzhon dgn suasana.

Masa dulu, kak leha biasa sangat pesan :

"jgn fikir banyak sgt. rosak otak!"

yelah, benda kecik gitu x sepatutnya masuk list pun. mungkin ia menggugat, tapi tak mengapalah. saya berharap Allah sentiasa pelihara & lindungi saya yg lemah & hina ini dari segala perkara buruk.

Terbaca status hilal asyraf di FB :

"Tak payah fikir panjang sangat."

yup. nice. mmg nice. sbb perkara tu x sepatutnya complicated & miserable.


---> Oh, Allah! tetapkanlah hati dalam ketaatan.
---> Diam dan memerhati itu mungkin lebih baik.
---> Aku mencari aku dalam realiti. ya, aku gagal temui!
Back to Top